Assalamualaikum w.b.t

Berpesan-pesan

BADAR Clock

Saturday, April 16, 2011

Lambang SPM yang terbaru

Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani (BADAR)
SBPI Selandar telah melancarkan lambang baru
Skuad Pencegah Maksiat (SPM).


Semoga peranan kita sebagai da`i Allah di atas
muka bumi ini dapat dilaksanakan dengan baik.

KATA HIKMAH

KITA JANGAN MEMBENCI ORANG YANG
MEMBUAT MAKSIAT,
TETAPI KITA PERLU BENCI PADA
MAKSIAT YANG DIBUAT

TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA

OLEH ITU,

SAYANGILAH
BIMBINGLAH,
MEREKA

SUPAYA KELAK MEREKA AKAN MENDAPAT
HIDAYAH ALLAH S.W.T

Friday, April 15, 2011

NADWAH MELAKA


Pada 11,12 dan 13 Mac yang lalu,Sekolah berasrama Penuh Integrasi Selandar dengan kerjasama Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani SBPIS telah menganjurkan Nadwah Kepimpinan Islam Badan-badan Dakwah peringkat negeri Melaka.Program ini telah mendapat kerjasam sepenuhnya daripada pihak Muslim Youth Concern (MyCONCERN).

Peserta-peserta dari SBPI Selandar

Para peserta sedang khusyuk mendengar taklimat yang
disampaikan oleh Ustaz Nizam

Antara aktiviti suai kenal

Para peserta sedang mendengar tazkirah maghrib

Antara aktiviti yang dijalankan

Selepas 3 hari 2 malam,akhirnya program ini
melabuhkan tirainya.Terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua pihak yang telah
menjayakan program ini.
Semoga Allah S.W.T. mempertemukan kita pada
waktu yang lain.


Wednesday, April 6, 2011

badminton single !

MAKLUMAT TERKINI
PERTANDINGAN BADMINTON SINGLE !

PERTANDINGAN BADMINTON

MINGGU PENGHAYATAN SUNAH

SBP INTEGRASI SELANDAR

PERLAWANAN

MENANG

KALAH

MATA

PETRONAS

3

3

0

9

MODENAS

3

1

2

3

TELEKOM

3

2

1

6

PROTON

3

0

3

0

keputusan futsal !

assalammualaikum!
sahabat-sahabat sekalian,
baru-baru ini, pihak BADAR telah
mengadakan pertandingan futsal!
tahniah diucapkan kepada para pemenang,
bagi yang tidak berjaya,
usah berputus asa!
sesungguhnya akal yang cerdas
datang dari tubuh yang sihat!

PERTANDINGAN FUTSAL

MINGGU PENGHAYATAN SUNAH

SBP INTEGRASI SELANDAR

PETRONAS

MODENAS

TELEKOM

PROTON

PETRONAS

2-1

1-6

2-4

MODENAS

1-2

4-1

0-2

TELEKOM

6-1

1-4

3-0

PROTON

4-2

2-0

0-3

Tuesday, March 29, 2011

ORGANISASI BADAR 2010/2011


Penaung :
EN. KARIM BIN BAYOK
(Pengetua Cemerlang)
SBP Integrasi Selandar

Penyelaras
En.Ramli bin Abdullah
(GPK HEM)
SBP Integrasi Selandar

Guru-guru Penasihat
:
- Ustaz Mohd Sufian b Che Mat
- Ustaz Mohd Samsol b Selamat
-Ustaz Hishamuddin bin Abu Kassim
- Ustaz Mohd Nizam b Che Hassan
-Ustaz Lukman Hakim b Abdullah
-Ustaz Ruzzalan b Che Soh
- Ustazah Haryati bt Arshad
-Ustazah Zurina bt Ahmad

Mas'ul:
Muhammad Shafie bin Md Shahar

Mas'ulah :
Durrah Sofiah bt Yusri

Timbalan Mas'ul:
Mohd Mujahid bin Azhar

Timbalan Mas'ulah:
Siti Nuraini bt Misman

Setiausaha Agung:
Kamil Naim b Hasan

Naib Setiausaha:
Farah Najwa bt Osman

Bendahari Kehormat:
Mohd Baqir b Rozali

Naib Bendahari Kehormat:
Aireen Zuriani bt Ahmad




Syukbah Multimedia dan Penerbitan
Muhd Asyraf b Hasnan
Nusaibah bt Mohd Khir

Syukbah Usrah dan Tarbiah
Muhd Hanif bin Zakaria
Siti Zaharah bt Zakaria

Syukbah Kepimpinan dan Pembangunan
Muhd Asraf Afiffiq bin Sapiee
Syahira Amira binti Ibrahim

Syukbah Musollah dan Maktabah
Mohd Zulhilmi b Ruslan
Nur Syafiqah bt Rosli

Syukbah Ceramah
Muhammad Hazim Hafiz bin Ismail
Ainatul Mardhiah Bt Zaini

Syukbah Kesenian dan Kebudayaan
Mohd Zaki bin Salleh
Nur Syamimi bt Abd Jalil
Syukbah Ekonomi dan Kebajikan
Ahmad Shahlyezam b Hassan
Nur Natasha bt Sain

Syukbah Tugas-tugas Khas
Muhd Zulhilmi bin Latif
Siti Thahirah bt Narzilan

Syukbah Ibadah dan Akhlak
Aiman Syazani bin Amir
Nur Zahidah bt Samad



Minggu Penghayatan As-Sunnah






Salam sahabat blog!
BADAN AGAMA DAKWAH AKHLAK DAN ROHANI
SBP Integrasi Selandar sedang
menjalankan satu aktiviti tahunan iaitu

"Minggu Penghayatan Sunah 2011"!

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:

* Pertandingan Futsal
*Netball antara rumah
*Perlawanan Badminton
*Pertandingan Nasyid dan Tulisan Khat
*Puasa Perdana
*Forum Perdana
*Tazkirah
*Explore-Sunnah
*Maulud Diba`ie

Semua aktiviti berikut dijalankan
pada tarikh 28 mac - 3 april 2011!



ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN


Pertandingan Futsal

Puasa Perdana



Explore -Sunnah





Forum Perdana

Majlis Maulud Diba`ie



Sunday, January 30, 2011

YAUMUL MAWADDAH


Aktiviti tahunan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar ini
telah berjaya dilaksanakan oleh pihak Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani (BADAR) SBPIS dengan kerjasama BADAN PENGAWAS SBPI Selandar serta pihak warden.


2.00 ptg - pelajat tingkatan 1,2 & 4 berkumpul
- api mula dihidupkan


2.30 ptg - ramuan dodol dimasukkan


4.00 ptg - lemang mula dibakar
- ayam dipanggang


8.00 mlm - semua pelajar menikmati hidangan
- dodol diagihkan seorang satu bekas


10.30 mlm - bersurai






tulang belakang yaumul mawaddah 2010

Aktiviti membakar ayam


Para pelajar sedang sibuk menyiapkan dodol

Aktiviti penyembelihan ayam


Semangat kerjasama dalam kalangan pelajar





Kehadiran GPK HEM SBPI Selandar memeriahkan lagi majlis tersebut



aktiviti membakar lemang

antara aktiviti membakar ayam



PROGRAM CINTA AL-QURAN


BADAR SBPI Selandar telah berjaya mengelolakan sebuah
program yang cukup bermanfaat ketika Bulan Ramadhan yang lalu iaitu
PROGRAM CINTA AL-QURAN (CAQ)

Sasaran : pelajar-pelajar tingkatan 1,2 & 4

Tarikh
: minggu kedua bulan Ramadhan 1431 H

Masa
: 10.30 pagi - 10.00 malam

Aktiviti
: mari menghayati hadis nabi
: tasmi' ayat-ayat al-quran
: tayangan perdana
: permainan sesama mukmin
: soal ustaz / ustazah
:explorace

REFLEKSI :
pihak BADAR 2010/2011 ingin mengucapkan sekalung penghargaan
kepada ayahanda Pengetua Cemerlang, En Karim b Bayok,
barisan guru-guru BADAR yang sentiasa memberi
komitmen serta sahabat-sahabat fasilitator yang
tidak pernah kenal erti penat
untuk menjayakan program ini.]


ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN


Aktiviti menutup mata

Aktiviti terjun lumpur

Sedang menunggu tugas yang akan diberikan

Antara peserta yang mengambil bahagian

Gembira dengan tugas yang diberikan.









Saturday, January 29, 2011

awal 2011

salam ukhwah diucapkan kepada para pembaca..
alhamdulillah sudah hampir sebulan
BADAR SBPI Selandar menjalankan tugas
di bumi SBPI Selandar yang tercinta..
kini, seluruh warga SBPI Selandar sedang
bercuti selama sebulan.
justeru itu, pihak BADAR ingin menasihati
supaya para pelajar tidak lupa menjalankan
tanggungjawab anda kepada Yang Maha Esa..
walau di mana jua kalian berada...


=SOLAT LIMA WAKTU

=AMALAN2 SUNAT
=AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

Monday, April 19, 2010

ANAK KECIL : RM 10 ???

Disediakan oleh : BADAR 09/10


ANAK KECIL : RM10???



"Ameen! Mari sini, nak!"
panggil Ruslan.

Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.

"Kenapa, ayah?" tanyanya.

"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.

"Koyak duit itu sehingga lumat."

Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.


"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.

Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.

Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,

"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."

"Apa?!"
Ameen ternyata sangat terkejut.

Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.

"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"

***

Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.

Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.

Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja.

Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui geraka permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.


Mari kita renung firman ALLAH SWT dalam Surah as-Shaf 61:10-11 yang berbunyi:

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".

Seterusnya, Rasulullah SAW ada bersabda:

قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ

Ditanya orang akan Rasulullah SAW,

" Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah SAW "Orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Bersabda Rasulullah SAW "Orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan."
(Hadis Riwayat Bukhari)